Saturday, February 19, 2011

Bubur Jagung

Jagung kuning berseri-seri,
Mari buat bubur jagung hari ini!
Hari ni kitorang bangun awal pagi pergi ke pasar di Taman Tun Saardon, Gelugor semata-mata untuk merealisasikan hasrat kami semua untuk masak bubur jagung. Resipi bubur jagung ni daripada mak Izzat, so Izzat la yg masak.



Yummy!!

Bahan-bahan :

  • 5 tongkol jagung
  • segenggam sagu (direndam dan ditoskan terlebih dahulu)
  • 1 mangkuk kecil santan
  • 500 ml air
  • sedikit garam
  • gula secukup rasa
  • 2 helai daun pandan
Cara-cara :
  1. Panaskan air di dalam periuk.
  2. Masukkan sagu, dan kacau sehingga mendidih untuk mengelakkan sagu melekat.
  3. Masukkan jagung dan daun pandan, kacau sekali sekala sehingga mendidih.
  4. masukkan santan, gula dan garam.
  5. Tunggu hingga mendidih dan sediakan sudu dan mangkuk untuk makan! Nyam3~
SEDAPP!!~

Friday, February 18, 2011

Roti Canai Marvellous

Roti canai merupakan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia ni tak kira agama dan bangsa pernah makan roti canai. Kalau xpernah makan tu, mungkin golongan ini ialah golongan bayi yang belum tumbuh gigi ataupun golongan yang tak suka makan. Kebanyakan roti canai boleh didapati di kedai- kedai mamak ataupun kedai-kedai makanan yang lain. Pendek kata, dalam 14 negeri di Malaysia ni, memang peliklah kalau negeri tu xde kedai jual roti canai. Sebelum kita cerita pasal resipi roti canai, meh tengok video ni dulu..........



Haa..  best kan kalo boleh canai roti macam tu. Macam hebat gilalah! * I looiiikkkeeee!!!*

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, resipi roti canai ini disumbangkan oleh kawan baik sy yang bernama Nurul Izzati Mohd Toher @ Izzat.. Izzat ni memang hebat buat roti canai sebab dy selalu tolong mak dy jual roti canai.. Thanx Izzat!



Ni lah Izzat yg chek duk cerita tu

Bahan - bahan :
  • 1 kg tepung gandum
  • 500ml air suam
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam kasar
  • 1 sudu susu pekat
  • planta
Cara - cara : 

  1. Masukkan air, garam kasar, gula dan telur ke dalam bekas, kemudian kacau sehingga sebati. Dinasihatkan menggunakan garam kasar kerana garam halus lebih masin
  2. Masukkan sedikit planta dan susu pekat.
  3. Masukkan tepung kemudian uli dengan tangan selama 10minit. Biarkan selama 5 minit. Kemudian, uli lagi sehingga tepung tu nampak cantik.
  4. Bila tepung dah cantik, boleh la bulat-bulatkan tepung kecil-kecil dan sapukan planta melitupi ketulan-ketulan tepung itu.
  5. Susun dalam bekas dan biarkan selama 3-4 jam.
  6. Kemudian, bolehlah kita tebar!! Yeayy~~
Tu sajalah resipi roti canai yang Izzat bagi kat sy. Kalo dah ada roti canai, lagi sedaplah cicah dengan kuah dal or kuah sardin.. *terliur* Nanti sy cuba cari resipi kuah dal pulak ye.... Selamat mencuba semua!!

Thursday, February 17, 2011

SimpleSushi

Yeayy!!! Akhirnya, impian sy untuk buat sushi sendiri terlaksana gak... Rupa-rupanya simple sangat nak buat sushi. Cuma sediakan bahan-bahan, gulung-gulung dan potong. Sushi ada macam-macam jenis tapi, sy cuma mampu buat sushi yang ni je buat masa ni. Sushi Malaysia. Teringin nak buat comel-comel macam lunchbox dalam cerita Jepun and Korea tu pastu kasi kat encik boyfriend. Tapi, disebabkan nak jimat budget, kita buat yang simple-simple dulu ye. Almaklumlah student lagi.


Alalala.. tomeynye~

Sepatutnya, ade sushi tuna.. tapi.... dengan rakusnya, sy n kawan2 semua makan tuna dengan roti sampai habis sementara tunggu sushi siap digulung sebab perut ktorang sangat lapar dan xboleh tahan lagi nak makan.. xde tuna pon comel gak.. =)

Bahan-bahan :
  • 2 pot kecil beras Nishiki/ Calrose + 2 1/2 cawan air 
  • 1 1/2 sudu besar mayonis ( sepatutnya pakai cuka, tapi nak reduce budget, pakai je apa yang ada)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sb air
  • seaweed secukupnya
  • timun jepun
  • isi ketam 
  • bahan-bahan untuk isi terpulang kepada selera anda (eg : udang, telur, sotong, etc)


Cara-cara :
  1. Cuci beras sekali sahaja.
  2. Masukkan air dan tanak seperti biasa
  3. Campurkan mayonis, garam, gula dan air di dalam bekas kecil kemudian gaulkan.
  4. Selepas nasi masak, biarkan nasi suam sedikit kemudian campurkan campuran mayonis ke dalam nasi dan ratakan. 
  5. Sediakan kepingan seaweed dan ratakan nasi di atasnya. Letak hirisan timun dan hirisan ketam di tengah2nya. Gulung kemas dan dipotong kecil2.
  6. Lain-lain bentuk serta hiasan atau isi adalah mengikut citarasa sendiri.
  7. Hidangkan bersama light soya sauce dan wasabi jika suka.
P/s : Semasa memotong sushi, pastikan pisau sentiasa basah untuk mengelakkan potongan menjadi tidak sekata.

Senang je kan?? Cubalah jika mahu. Simple sangat!

Wednesday, February 16, 2011

Spaghetti Bolognese WITHOUT PREGO!!

Tiap2 kali nak makan spaghetti bolognese, mesti kebanyakan kita lebih suka guna Prego untuk lebih cepat dan mudah. Sedap pulak tu. Sy pon suka guna Prego gak dulu-dulu. Tapi, semenjak dah pandai buat sos sendiri yang lagi sedap dan fresh, maka sy lebih cenderung untuk tidak lagi menggunakan cap Prego. Haa.. Meh sini sy nak share resipi spaghetti bolognese yang sgt sedap tanpa menggunakan Prego! Credits to mutiarazura for sharing this recipy =)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. sepeket spaghetti
  2. daging lembu cincang - 500gm *sy suka pakai dgg ramli*
  3. susu - 200ml
  4. bawang besar kuning - 1 labu (dicincang halus)
  5. bawang putih - 2 ulas (dicincang halus)
  6. tomato puri - 1 tin saiz sederhana
  7. tomato segar - 4-5 biji (didadu)
  8. carrot - 1 btg (didadu kecil)
  9. celery - 2 btg (didadu kecil)
  10. Oregano -1/2 sudu teh 
  11. Sedikit garam dan gula secukup rasa
  12. 3 sudu besar minyak zaitun (kalau xnak beli, pakai minyak masak biasa pon boleh)
  13. 2 sudu besar butter
  14. Parutan keju parmesan (untuk menghidang)
Cara-cara :

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang sehingga layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, garam dan gula secukup rasa.
  7. Biar mendidih, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  8. Bila dah agak-agak dah pekat, bolehlah dihidang dengan keju Parmesan.
  9. Lepas tu, tunggu apa lagi?? Jom Makan!!
Disini sy sertakan gambar Spaghetti Bolognese buatan tangan sy sendiri:

Tadaaaaaa!!!

Yang seketul bulat kat tengah-tengah tu "meatball klaka" yang tak berapa nak jadi. Ngeee.. memang kena kutuk meatball ni. Tapi xpe.. Sy tetap bangga dengan karya seni agung ni. Haa.. nak tau tak macam mana nak buat "meatball klaka" tu?? kalo xnak tau pon, cheq nak habaq gak.. SENANG JE!!

minced meat+egg+salts+other herbs(ikut suka hati)-->gumpal2 jadi bolat-->goreng= "meatball klaka"
Haa.. senang je kan..? rasa "meatball klaka" ni xde laa teruk sangat. Oklah untuk beginner.. Good effort Mira!

Ok.. Ini saja untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca! =)


Tuesday, February 15, 2011

Ooiiisshhhiii ChOcOlaTe cUpCAke!!!

Saya bukanlah seorang  yang hebat memasak, apatah lagi membuat kek.. tapi sy suka memasak n membuat kuih n membuat kek sbb sy suka org puji masakan sy sedap..  *teruk3!!*..
Disini, saya ingin berkongsi resipi chocolate cupcake.. anda mungkin akan sedikit keliru apa bezanya cupcake dan muffin??

haa.. meh sini kita tengok perbezaan mereka:


 
Ini muffin
 

Ini cupcake
 
hehe.. boleh nampak x beza nye??  *kan best klo bleh makan.. nyam3*
Anda mungkin akan cakap cupcake ade "topping" dan muffin ada kismis kalo berdasarkan dibezakan berdasarkan kedua-dua gambar di atas.. Mungkin betul.. Tapi hakikatnya, perbezaan ketara antara cupcake dan muffin adalah "the ingredients", cara, masa dan rasa..
  1. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cupcake adalah 2x ganda bahan membuat muffin.
  2. Membuat cupcake memerlukan kita untuk mengacau adunan lebih lama dibandingkan dengan muffin.
  3. Rasa muffin lebih "ringan" daripada cupcake. Mungkin sesetengah orang akan cepat muak makan cupcake. Tapi, bg yang suka makan, maybe x muak kot.
Berbalik pada chocolate cupcake. Baru- baru ni, saya telah mencuba resipi chocolate cupcake dari myresipi.
Bahan- bahan untuk membuat chocolate cupcake ialah :



Butter - 1/2
 

telur - 2 biji
esen vanilla - 2 sudu kecil
serbuk koko - 1/2 cawan
soda bikarbonar - 1 1/2 sudu kecil
 

tepung gandum - 300 gm




penimbang berat
*for beginner*



susu segar - 1 1/2 cawan dan gula - 350gm (lupa nk snap gambar gula)

Bagi yang kurang suka manis tu, boleh kurangkan kuantiti gula. Ok! Cara-cara nak buat lak, anda boleh refer kat link yg saya bagi kat atas tu.. hehe.. Hasil daripada culikan resipi ini lak :


Tengah beratur nak masuk oven



Dalam oven

FINALLY !!!! :::


Cupcake chocolate comot!! hehehe....

Maka, dengan gembira saya menghidangkan kepada family, kawan-kawan dan si "ehem2".. walaupun dr segi rupa agak kurang memuaskan, tapi SEDAPPP!! takpe2.. laen kali sy buat lagi cantik.. hee..
Sekian.