Friday, February 18, 2011

Roti Canai Marvellous

Roti canai merupakan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia ni tak kira agama dan bangsa pernah makan roti canai. Kalau xpernah makan tu, mungkin golongan ini ialah golongan bayi yang belum tumbuh gigi ataupun golongan yang tak suka makan. Kebanyakan roti canai boleh didapati di kedai- kedai mamak ataupun kedai-kedai makanan yang lain. Pendek kata, dalam 14 negeri di Malaysia ni, memang peliklah kalau negeri tu xde kedai jual roti canai. Sebelum kita cerita pasal resipi roti canai, meh tengok video ni dulu..........



Haa..  best kan kalo boleh canai roti macam tu. Macam hebat gilalah! * I looiiikkkeeee!!!*

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, resipi roti canai ini disumbangkan oleh kawan baik sy yang bernama Nurul Izzati Mohd Toher @ Izzat.. Izzat ni memang hebat buat roti canai sebab dy selalu tolong mak dy jual roti canai.. Thanx Izzat!



Ni lah Izzat yg chek duk cerita tu

Bahan - bahan :
  • 1 kg tepung gandum
  • 500ml air suam
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam kasar
  • 1 sudu susu pekat
  • planta
Cara - cara : 

  1. Masukkan air, garam kasar, gula dan telur ke dalam bekas, kemudian kacau sehingga sebati. Dinasihatkan menggunakan garam kasar kerana garam halus lebih masin
  2. Masukkan sedikit planta dan susu pekat.
  3. Masukkan tepung kemudian uli dengan tangan selama 10minit. Biarkan selama 5 minit. Kemudian, uli lagi sehingga tepung tu nampak cantik.
  4. Bila tepung dah cantik, boleh la bulat-bulatkan tepung kecil-kecil dan sapukan planta melitupi ketulan-ketulan tepung itu.
  5. Susun dalam bekas dan biarkan selama 3-4 jam.
  6. Kemudian, bolehlah kita tebar!! Yeayy~~
Tu sajalah resipi roti canai yang Izzat bagi kat sy. Kalo dah ada roti canai, lagi sedaplah cicah dengan kuah dal or kuah sardin.. *terliur* Nanti sy cuba cari resipi kuah dal pulak ye.... Selamat mencuba semua!!

1 comment: