Thursday, February 17, 2011

SimpleSushi

Yeayy!!! Akhirnya, impian sy untuk buat sushi sendiri terlaksana gak... Rupa-rupanya simple sangat nak buat sushi. Cuma sediakan bahan-bahan, gulung-gulung dan potong. Sushi ada macam-macam jenis tapi, sy cuma mampu buat sushi yang ni je buat masa ni. Sushi Malaysia. Teringin nak buat comel-comel macam lunchbox dalam cerita Jepun and Korea tu pastu kasi kat encik boyfriend. Tapi, disebabkan nak jimat budget, kita buat yang simple-simple dulu ye. Almaklumlah student lagi.


Alalala.. tomeynye~

Sepatutnya, ade sushi tuna.. tapi.... dengan rakusnya, sy n kawan2 semua makan tuna dengan roti sampai habis sementara tunggu sushi siap digulung sebab perut ktorang sangat lapar dan xboleh tahan lagi nak makan.. xde tuna pon comel gak.. =)

Bahan-bahan :
  • 2 pot kecil beras Nishiki/ Calrose + 2 1/2 cawan air 
  • 1 1/2 sudu besar mayonis ( sepatutnya pakai cuka, tapi nak reduce budget, pakai je apa yang ada)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sb air
  • seaweed secukupnya
  • timun jepun
  • isi ketam 
  • bahan-bahan untuk isi terpulang kepada selera anda (eg : udang, telur, sotong, etc)


Cara-cara :
  1. Cuci beras sekali sahaja.
  2. Masukkan air dan tanak seperti biasa
  3. Campurkan mayonis, garam, gula dan air di dalam bekas kecil kemudian gaulkan.
  4. Selepas nasi masak, biarkan nasi suam sedikit kemudian campurkan campuran mayonis ke dalam nasi dan ratakan. 
  5. Sediakan kepingan seaweed dan ratakan nasi di atasnya. Letak hirisan timun dan hirisan ketam di tengah2nya. Gulung kemas dan dipotong kecil2.
  6. Lain-lain bentuk serta hiasan atau isi adalah mengikut citarasa sendiri.
  7. Hidangkan bersama light soya sauce dan wasabi jika suka.
P/s : Semasa memotong sushi, pastikan pisau sentiasa basah untuk mengelakkan potongan menjadi tidak sekata.

Senang je kan?? Cubalah jika mahu. Simple sangat!

2 comments:

  1. yg ini memg sedpp.....
    mkn tuna dgn salad pn sgt sedpppp....
    SEDAPPPPPPP!!!!!!!

    ReplyDelete