Wednesday, February 16, 2011

Spaghetti Bolognese WITHOUT PREGO!!

Tiap2 kali nak makan spaghetti bolognese, mesti kebanyakan kita lebih suka guna Prego untuk lebih cepat dan mudah. Sedap pulak tu. Sy pon suka guna Prego gak dulu-dulu. Tapi, semenjak dah pandai buat sos sendiri yang lagi sedap dan fresh, maka sy lebih cenderung untuk tidak lagi menggunakan cap Prego. Haa.. Meh sini sy nak share resipi spaghetti bolognese yang sgt sedap tanpa menggunakan Prego! Credits to mutiarazura for sharing this recipy =)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. sepeket spaghetti
  2. daging lembu cincang - 500gm *sy suka pakai dgg ramli*
  3. susu - 200ml
  4. bawang besar kuning - 1 labu (dicincang halus)
  5. bawang putih - 2 ulas (dicincang halus)
  6. tomato puri - 1 tin saiz sederhana
  7. tomato segar - 4-5 biji (didadu)
  8. carrot - 1 btg (didadu kecil)
  9. celery - 2 btg (didadu kecil)
  10. Oregano -1/2 sudu teh 
  11. Sedikit garam dan gula secukup rasa
  12. 3 sudu besar minyak zaitun (kalau xnak beli, pakai minyak masak biasa pon boleh)
  13. 2 sudu besar butter
  14. Parutan keju parmesan (untuk menghidang)
Cara-cara :

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang sehingga layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, garam dan gula secukup rasa.
  7. Biar mendidih, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  8. Bila dah agak-agak dah pekat, bolehlah dihidang dengan keju Parmesan.
  9. Lepas tu, tunggu apa lagi?? Jom Makan!!
Disini sy sertakan gambar Spaghetti Bolognese buatan tangan sy sendiri:

Tadaaaaaa!!!

Yang seketul bulat kat tengah-tengah tu "meatball klaka" yang tak berapa nak jadi. Ngeee.. memang kena kutuk meatball ni. Tapi xpe.. Sy tetap bangga dengan karya seni agung ni. Haa.. nak tau tak macam mana nak buat "meatball klaka" tu?? kalo xnak tau pon, cheq nak habaq gak.. SENANG JE!!

minced meat+egg+salts+other herbs(ikut suka hati)-->gumpal2 jadi bolat-->goreng= "meatball klaka"
Haa.. senang je kan..? rasa "meatball klaka" ni xde laa teruk sangat. Oklah untuk beginner.. Good effort Mira!

Ok.. Ini saja untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca! =)


5 comments:

  1. thankz for the sharing ..:)

    ReplyDelete
  2. akk minyak zaitun tk boleh di masak. it can produce peroxide which can cause canser. the best way to consume olive oil is by taking it fresh from the bottle thus can promote your health. just wanna share :)

    ReplyDelete
  3. Resepi nampak ringkas.
    Boleh buat untuk menu berbuka.
    Tq.

    ReplyDelete
  4. Thks a million...later2 i nak try...��

    ReplyDelete